Ringgit meningkat kepada RM4.62 berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
RINGGIT meraih kelebihan dan meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila semakan turun ke atas pertumbuhan ekonomi AS suku ketiga dan kadar inflasi terendah Malaysia dalam tempoh tiga tahun mendorong kenaikan mata wang tempatan.
Iklan
Iklan
Peningkatan berbanding unit negara maju itu turut diterima menjelang data penting inflasi AS yang akan dikeluarkan lewat malam ini, menandakan jangkaan kepada pelaksanaan penurunan kadar awal oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.
Pada jam 6 petang, ringgit menokok kepada 4.6265/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6565 semasa ditutup pada Khamis.
Iklan
Indeks dolar yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama lain merosot 0.56 peratus kepada 101.8449 dalam dagangan yang lewat.
Biro Analisis Ekonomi AS pada Khamis berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS meningkat kepada 4.9 peratus pada asas terlaras secara bermusim suku ketiga, lebih rendah daripada 5.2 peratus berbanding anggaran awal.
Iklan
Ekonomi AS yang lebih lemah akan mendorong kepada penurunan kadar faedah yang lebih awal oleh Fed.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit menunjukkan prestasi yang menggalakkan berbanding dolar AS dan kekal stabil pada sekitar RM4.63 hari ini.
"Indeks harga pengguna (CPI) Malaysia bagi November lebih rendah daripada jangkaan pada 1.5 peratus,” katanya kepada Bernama. IHP November mencatat paras terendah dalam tempoh hampir tiga tahun.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8720/8770 daripada 5.8766/8816 semasa ditutup pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 5.0915/0959 daripada 5.0922/0965 sebelum ini. Bagaimanapun, mata wang tempatan itu rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2547/2579 daripada 3.2519/2549 semalam.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Mata wang tempatan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.36 daripada 8.37/8.38 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4933/4968.
Bagaimanapun, ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 13.3509/3706 daripada 13.3443/3631 dan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 298.7/299.1 daripada 299.6/300.0 semalam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>