Ribut dalam cawan
Iklan
Anwar (kiri) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media pengumuman jemaah menteri baharu di Bangunan Perdana Putra. - Foto Bernama
SEPOI bahasa bertukar ribut di koridor kuasa Putrajaya, sehari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merombak Kabinet sulung beliau Selasa lalu.
Kabinet lazimnya dirombak di atas dua paksi: Pertama, untuk menutup kelompangan dalam kementerian; Kedua, untuk mengukuhkan kedudukan (baca: kuasa) Perdana Menteri sebagai ketua pelbagai parti politik yang membentuk jemaah menteri negara.