MR D.I.Y tawar diskaun 40 peratus
Iklan
SHAH ALAM - Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] menerusi inisiatifnya, 'Jualan Mega Akhir Tahun' (YES) menawarkan diskaun sehingga 40 peratus melibatkan 180 produk kepada pelanggannya sepanjang Disember ini.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pelanggan boleh meneroka pelbagai barangan diskaun yang menarik daripada perkakasan, barangan keperluan rumah, barangan elektrik, mainan, alat tulis, peralatan sukan, serta produk makanan dan minuman dengan melawati cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara serta dalam talian.