Warga emas usia 70 tahun maut kereta terbabas
Iklan
Seorang wanita ditemukan maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim di sini pada Rabu.
KOTA BHARU - Seorang wanita ditemukan maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistens Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 3.19 petang.
Iklan
Iklan
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta yang dipandu mangsa yang berusia 70 tahun itu dari arah Jalan Zainal Abidin menghala ke Jalan Sultan Ibrahim dalam keadaan perlahan tanpa berhenti di simpang.
"Ketika kejadian, mangsa dipercayai sudah tidak sedarkan diri dan kereta tersebut telah terbabas ke arah pembahagi jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Menurut beliau, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan ke atas wargas emas terbabit.
Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk tujuan bedah siasat.
Iklan
Mohd Rosdi memberitahu, kes tersebut diklasifikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus"><meta itemprop="description" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus
Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.
Makinsos Nawai, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A Dadi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789022/berita/semasa/presiden-ngo-tak-mengaku-salah-dakwa-dewan-rm2-juta-siap-100-peratus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #salahgunakuasa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T03:23:56.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xardq42"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xardq42"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xardq42"></script>