Contohilah ketegasan Tun Razak
Iklan
Harapan Tun Razak ialah untuk melihat Rukun Negara menjadi amalan dan bukan hanya secebis dokumen yang tidak membawa makna, perlu didukungi oleh setiap lapisan rakyat Malaysia pada hari ini. Gambar kecil: Tun Razak
DALAM titah ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena ulang tahun ke-47 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2014, baginda menzahirkan bagaimana Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia tidak melindungi mana-mana ahli pentadbiran atau ahli parti yang disyaki terlibat rasuah.
Menurut Tuanku, atas nasihat Datuk Harun Hashim yang ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) melalui Ordinan Darurat No.22, Tun Razak yang pada ketika itu Pengerusi Majlis Gerakan Negara (Mageran) memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah BPR untuk membekukan aset mereka yang disyaki menerima rasuah.