Keperluan media berpartisan peroleh kad media JaPen perlu diteliti

Iklan
Teo Nie Ching - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Keperluan media berpartisan untuk memperoleh kad media Jabatan Penerangan (JaPen) harus diteliti semula memandangkan ia menjurus kepada elemen berpihak, sedangkan prinsip media adalah adil dan tidak berpihak.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, keperluan itu adalah antara beberapa cadangan penambahbaikan yang telah diteliti oleh beliau dalam Sesi Libat Urus Penggubalan Etika Kewartawanan Malaysia (EKM 2024) dan Prosedur Tetap Operasi (PTO) Kad Perakuan Media JaPen, semalam.

Iklan
Iklan

Katanya, sesi disertai pelbagai wakil agensi Kementerian Komunikasi serta ahli-ahli akademik daripada Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan melancarkan usaha JaPen mengeluarkan satu dokumen rasmi sebagai rujukan kepada semua organisasi media dalam membuat pelaporan.

"EKM 1989 sememangnya perlu diteliti semula memandangkan pembentukannya sudah hampir 34 tahun, sesuai dengan perubahan zaman teknologi dan digital kini.

Iklan

"Ia juga selari dengan hasrat Kerajaan Madani untuk menghapuskan penularan berita palsu dan salah lapor bagi menjamin kualiti penyampaian berita,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau yakin pembentukan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia (MMM) yang dibentang pada sidang pertama Parlimen 2024, dapat memastikan kualiti pelaporan media yang lebih bertanggungjawab. - Bernama

Iklan