Dakwaan hanya untungkan DAP, PH tak benar - Aziz Bari
Iklan
Pelaksanaan persempadanan semula kawasan pilihan raya ialah untuk mewujudkan pilihan raya yang adil dan demokratik. Gambar kecil: Aziz
SHAH ALAM - Dakwaan persempadanan semula kawasan pilihan raya melibatkan Parlimen yang ramai pengundi hanya akan menguntungkan DAP dan Pakatan Harapan (PH) tidak benar sama sekali.
Sebaliknya, Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari menganggap, proses itu penting agar sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaras dengan piawaian antarabangsa.