Bersabarlah dengan kerenah hidup
Iklan
Dalam dunia pekerjaan, setinggi atau serendah mana pun pangkat kita, ia juga tak begitu lama. - Foto hiasan/123RF
UMUMNYA umur manusia tidak panjang. Kita hanya hidup sekadar mencecah 73 tahun, dan banyak daripada manusia akan meninggal dunia selepas itu.
Walaupun kita melalui zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan kemudiannya sebagai orang tua, ia sebenarnya sekejap sahaja. Ia proses yang dilalui semua orang.