Gangguan seksual pelajar sekolah: Polis analisis rakaman CCTV
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin (kiri), Mohd Iqbal
SHAH ALAM - Polis telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian berkaitan kes gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, rakaman CCTV berkenaan akan dianalisis untuk siasatan lanjut.
Iklan
Iklan
"Selain itu, permohonan laporan perubatan telah dibuat dan akan diperoleh pada kadar segera," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, pihaknya telah merakam keterangan melibatkan lima individu berhubung kejadian itu.
Iklan
"Antara yang direkod keterangan adalah mangsa, bapa mangsa, suspek dan beberapa saksi lain.
"Rakaman keterangan guru-guru serta saksi bebas yang lain akan diambil seberapa segera memandangkan kebanyakan mereka telah pulang ke kampung untuk cuti persekolahan," katanya.
Iklan
Jumaat lalu, polis menerima laporan pelajar sebuah sekolah menengah mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.
Mangsa mendakwa menerima ugutan rogol selain turut dipukul oleh suspek yang juga merupakan pelajar di sekolah sama.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>