Pilihan raya PBT uji 'persahabatan' UMNO-DAP

Iklan
Pilihan raya PBT bukan isu baharu dibangkitkan pemimpin DAP, sebaliknya telah beberapa kali disuarakan sebelum ini. - Gambar hiasan

Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai supaya kerajaan memulakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur menimbulkan rasa kurang senang UMNO.

Buktinya, Veteran UMNO tampil menempelak selepas beberapa jam syor yang dibuat Ahli Parlimen Cheras itu dilapor pihak media.

Iklan
Iklan

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tiada keperluan mengadakan prosedur tersebut kerana struktur yang sedia ada dalam pentadbiran di ibu negara itu sudah memadai.

Malah pihaknya turut mengakui sedar dengan hasrat DAP untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili ahli kaum Cina.

Iklan

Ujar Mustapha sekiranya ia diadakan, maka mudah untuk kelompok tersebut menang majoriti di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilapor berkata, pilihan raya PBT bukan keutamaan bagi kementerian yang diterajuinya.

Iklan

Beliau sebaliknya menegaskan Kerajaan Perpaduan melalui KPKT memberi tumpuan kepada tujuh bidang fokus utama antaranya membangun dan memperkasakan peranan kerajaan tempatan.

Pilihan raya PBT bukan isu baharu dibangkitkan pemimpin DAP, sebaliknya telah beberapa kali disuarakan sebelum ini.

Namun ia kembali 'sepi' selepas dibantah pelbagai pihak sehingga ia ditimbulkan kembali pada Ahad.

Umum juga mengetahui, UMNO dan DAP sebelum ini merupakan seteru utama dalam politik kerana perbezaaan perjuangan.

Isu mengenai pilihan raya PBT ini merupakan perkara sensitif dan kedua-dua parti itu sememangnya sedia maklum mengenainya.

Jika perkara ini terus dibangkitkan, tidak mustahil ia akan menjejaskan hubungan kedua-dia parti dalam kerajaan itu kerana masing-masing ingin menjaga hati ahli parti mereka.

Justeru, kedua-dua parti itu perlu mencari penyelesaian terbaik membabitkan isu tersebut.