1.6 juta petani, pemain industri terlibat Banci Pertanian 2024
Iklan
Mohd Uzir menyempurnakan gimik penanaman pokok sempena Program Penghijauan Malaysia, Banci Pertanian 2024 di Institut Latihan Statistik Malaysia dekat Sungkai pada Ahad.
TANJUNG MALIM - Dianggarkan sebanyak 1.6 juta pihak terlibat dalam sektor pertanian diliputi dalam Banci Pertanian 2024 yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bermula Julai depan.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah itu berdasarkan dapatan yang diperoleh setakat ini melibatkan kumpulan petani, pemegang kecil serta pertubuhan syarikat-syarikat besar yang berkaitan dengan pertanian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil kerja awalan, DOSM tahun ini telahpun melaksanakan sesi libat urus dan interaksi termasuk menyediakan soal selidik kepada 200 agensi peringkat Persekutuan dan lebih 1,000 agensi peringkat daerah.
Mohd Uzir mendengar penerangan teknik penanaman pokok daripada wakil FRIM.
"Selepas melaksanakan sesi libat urus ini, kita telah mengadakan pengambilan data base yang ada di agensi-agensi berkenaan, semua data ini sedang melalui proses integrasi.
Iklan
Beliau berkata demikian sempena Program Penghijauan Malaysia, Banci Pertanian 2024 di Institut Latihan Statistik Malaysia dekat Sungkai di sini pada Ahad.
Hadir sama, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Ismail Parlan.
Iklan
Sebanyak 350 anak pokok ditanam di tapak semaian seluas 0.68 hektar sebagai usaha memperbanyakkan ruang hijau dan kawasan berpokok di Institut Latihan Statistik Malaysia.
Mohd Uzir berkata, kali terakhir Malaysia menjalankan Banci Pertanian adalah pada 2005 iaitu hampir 20 tahun.
Justeru katanya, banci berskala besar ini dilaksanakan meliputi bancian ke atas isi rumah dan pertubuhan perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu tanaman makanan dan komoditi, ternakan, perikanan dan akuakultur serta pembalakan dan perhutanan.
"Maklum balas yang diterima cukup positif yang mana semua agensi menaruh harapan tinggi dan turut memerlukan pengumpulan data-data ini.
"Data-data ini akan digunakan untuk perancangan masa hadapan termasuk penggunaan teknologi, isu-isu modenisasi dalam sektor pertanian dan penyaluran bantuan kewangan," katanya.
Pelaksanaan Banci Pertanian pada 2024 adalah sejajar dengan resolusi Food and Agriculture Organisation (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengesyorkan semua negara melaksanakan Banci Pertanian dengan kekerapan sekali dalam tempoh 10 tahun.
Pada program itu, sebanyak 350 anak pokok ditanam di tapak semaian seluas 0.68 hektar sebagai usaha memperbanyakkan ruang hijau dan kawasan berpokok di Institut Latihan Statistik Malaysia.
Antara spesies pokok yang ditanam ialah pokok buah dan pokok hutan termasuk pokok jambu, cermai, beruas, sentul, jering, pelung, gajus, kantan, meranti tembaga dan meranti seraya.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT