Musnah Terbakar

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan ke atas sebuah rumah yang musnah dalam satu kebakaran di Kampung Menara Pamilaan, Tenom malam tadi. Lima mangsa rentung dan seorang cedera dalam kejadian itu. Mangsa yang rentung dikenali sebagai Khatijah Omar, 35, bersama tiga anaknya dikenali sebagai Sakiran Sulaiman, 9, Zahid Sulaiman, 6, dan Sapura Sulaiman, 3. Seorang lagi mangsa yang rentung ialah anak saudara Khatijah, Adira Suhaila, 12. Manakala suami Khatijah, Sulaiman Hajar melecur di kepala dan tangan. - Foto Bernama