Langkah berani Anwar
Iklan
Anwar harus diberi peluang membuat perubahan yang dirasakan wajar kerana akhirnya beliau yang akan dihakimi oleh rakyat. - Foto Bernama
ROMBAKAN Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu adalah tindakan berani yang mungkin tidak dijangka banyak pihak.
Di sebalik desas-desus rombakan Kabinet sejak sebulan lalu, tidak ramai penganalisis politik menjangkakan ia berlaku pada tahun ini.