'Saya jangka PN tidak akan kekal'
Iklan
Syed Abu Hussin Hafiz ketika Sinar Live ‘Sokong PMX: Kenapa Sekarang?’ yang dihoskan oleh Haizir di Kompleks Kumpulan Karangkraf. - Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
WALAUPUN dikatakan mendapat sokongan majoriti orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, namun Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak berusaha mengisi gelombang sokongan tersebut berbanding hanya memenuhkannya dengan tohmahan dan sentimen berbaur unsur agama, kaum serta institusi diraja (3R).
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kegagalan mengisi gelombang tersebut tidak akan dapat menjamin PN untuk mengekalkan sokongan tersebut dalam tempoh empat tahun.