IOI Mall Puchong ditenggelami banjir

Iklan
Puluhan kenderaan di kawasan parkir pusat beli-belah ditenggelami banjir.

PUCHONG - [DIKEMAS KINI] Pengunjung IOI Mall Puchong berdepan detik cemas selepas pusat beli-belah itu ditenggelami banjir pada Sabtu.

Selain air memasuki premis, puluhan kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir turut terjejas susulan air naik hampir 0.5 meter.

Iklan
Iklan

Unit Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah mengeluarkan amaran tahap tiga atau bahaya di kawasan IOI Puchong sekitar jam 6.45 petang.

Air bertakung dalam kawasan premis.

Menerusi notis yang dikeluarkan, Unit Pengurusan Bencana MBSj telah meminta semua agensi terlibat untuk membuat persediaan bantuan.

Iklan

"Semua agensi terlibat Pengurusan Bencana diminta bersedia untuk pelaksanaan Operasi Bantuan Bencana di bawah bidang kuasa masing-masing," menurut notis tersebut.

Menerusi notis sama, pihaknya turut meminta semua pengguna jalan raya mengelak menggunakan laluan tersebut.

Iklan

"Pengguna diminta merancang dan mencari laluan alternatif bagi mengelak kawasan tersebut.

"Semu penduduk berdekatan diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian video di media sosial, didapati jalan utama dinaiki air.

Seorang pengguna media sosial mendakwa pembukaan jalan baharu di depan kawasan itu menyebabkan saluran longkang bermasalah menjadi punca kepada banjir kilat.