Harapan selepas rombakan
Iklan
Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan isyarat jelas bahawa Kerajaan Perpaduan sentiasa memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara untuk Malaysia terus maju. - Foto Bernama
Syabas dan tahniah diucapkan kepada anggota Kabinet baharu yang dilantik serta bertukar portfolio selepas rombakan diumumkan pada Selasa lalu.
Rombakan Kabinet akhirnya melenyapkan segala spekulasi yang diperkatakan sejak Julai selepas kekosongan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tidak diganti.