Kebangkitan anak muda Amerika sokong Palestin
Iklan
Ribuan anak muda turun ke jalanan untuk menzahirkan sokongan dan simpati mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin serta mendesak agar Israel menghentikan perang. - Foto Reuters
Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan jumlah kematian terkini ialah seramai 18,787 orang sejak 7 Oktober lalu. Rejim Zionis telah membunuh ramai wanita, kanak-kanak dan bayi.
Ia tragedi paling dahsyat dialami oleh orang Palestin sejak peristiwa perang Nakba kira-kira 75 tahun lalu. Sejak itu, rejim Zionis terus bermaharajalela dan berjaya mendapat simpati serta sokongan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Norway, Perancis, India serta beberapa negara lagi.