Kuasa pilih Perdana Menteri di tangan Agong
Iklan
Nik Ahmad Kamal
SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memilih atau menentukan penyandang jawatan Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pemilihan Perdana Menteri bergantung kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.