Lelaki maut rempuh pokok kelapa sawit

Iklan
Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas kira-kira dua jam bertarung nyawa terbabit kemalangan di Jalan Felda Pasoh 2,3, di sini, malam Khamis.

JEMPOL - Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas kira-kira dua jam bertarung nyawa terbabit kemalangan di Jalan Felda Pasoh 2,3, di sini, malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa, Ismalizam Ismail, 46, dikejarkan ke Hospital Jempol selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat kemalangan berlaku jam 8.30 malam.

Iklan
Iklan
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa selepas MPV dipandu terbabas dan merempuh pokok kelapa sawit.
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Grand Livina dalam perjalanan dari arah Pasoh 2 menghala ke Seremban.

"Akibatnya, mangsa cedera parah di kepala dan dibawa ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10 malam ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ujar Chang Hook lagi, bedah siasat akan dilakukan pagi Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.