PMKS perlu ambil peluang Dasar Gaji Progresif
Iklan
Pada tahun 2022, gaji penengah yang dicatat di Malaysia hanyalah RM2,424 sebulan. Gambar hiasan 123RF
AKHIRNYA kerajaan telah membentangkan kertas putih berkenaan Dasar Gaji Progresif di Parlimen, akhir bulan lalu.
Walaupun selepas itu tidak ada perbincangan hebat dalam kalangan usahawan berkenaan dasar itu, beberapa langkah seterusnya telah diumumkan oleh kerajaan termasuk penubuhan empat jawatankuasa yang akan memperincikan lagi bagaimana dasar berkenaan akan dilaksanakan.