Pengawasan ketat bendung kanak-kanak tonton bahan lucah
Iklan
Penggunaan telefon pintar mampu mendatangkan implikasi buruk terhadap kanak-kanak. Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Jasni Md Kechik)
SHAH ALAM - Pengawasan ketat ibu bapa dan warga pendidik amat diperlukan bagi membendung masalah menonton bahan lucah di internet daripada berleluasa.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Jasni Md Kechik berkata, sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah pendigitalan, sukar untuk menyekat secara total penggunaan telefon dalam kalangan kanak-kanak.