Wakaf RM4. 8 juta bangunkan surau Hospital Putrajaya

Iklan
Mohd Naim (kanan) menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan surau Hospital Putrajaya pada Khamis.

PUTRAJAYA - Pembinaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya di sini dibangunkan menggunakan kutipan dana wakaf tunai bernilai RM4.8 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, kemudahan itu merupakan satu keperluan bagi menampung peningkatan pesakit dan kakitangan hospital berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembinaan surau dua tingkat itu tidak hanya memberi manfaat kepada pesakit di hospital berkenaan sahaja, malah boleh dikongsi bersama pelawat dari Institut Kanser Negara yang terletak bersebelahan hospital tersebut.

"Tapak surau ini merupakan pajakan sebahagian tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan ( PTP ) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)," katanya pada Majlis Pecah Tanah Cadangan Pembinaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya di Lot 3, Presint 7, di sini pada Khamis.

Iklan
Mohd Na'im melakukan simbolik majlis pecah tanah pembinaan surau Hospital Putrajaya pada Khamis.

Beliau berkata, PTP dan MAIWP telah menandatangani perjanjian pajakan bagi tujuan pembinaan Surau Ibnu Sina untuk tempoh 30 tahun.

"Pembinaan surau ini di atas tanah berkeluasan 3,856 meter persegi yang boleh memuatkan sehingga 1,000 jemaah.

Iklan

"Tempoh pembinaan mengambil masa selama 18 bulan bermula Disember ini dan dijangka siap menjelang 2025," tambahnya.

Dalam pada itu, Mohd Na'im berharap lebih ramai umat Islam dan syarikat korporat dapat berwakaf dengan MAIWP untuk manfaat ekonomi Islam.

"Dalam konteks semasa, peranan wakaf penting dalam penjanaan ekonomi Islam.

"Jika dapat diperluaskan dan dikomersialkan, hasil wakaf boleh dioptimu. untuk dinikmati penerima serta membangunkan ekonomi umat Islam," katanya.