Lelaki OKU ditemukan mati dalam bilik

Iklan
Gambar hiasan

KUALA KRAI - Seorang lelaki ditemukan mati dalam kejadian di Kampung Baru Pahi, di sini pada Selasa.

Mangsa yang berusia 48 tahun merupakan orang kurang upaya (OKU) mental.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, ibu mangsa memaklumkan pada waktu pagi hari kejadian, lelaki berkenaan ada keluar dari bilik untuk sarapan dan masuk semula ke dalam biliknya.

"Sehinggalah pada jam lebih kurang 2.15 petang, ibu mangsa masuk ke bilik mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan

"Ibu mangsa terus memaklumkan kepada jiran untuk memohon bantuan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, hasil bedah siasat telah dilakukan ke atas mangsa oleh Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra dan mendapati punca kematian adalah kekurangan oksigen di otak.

Iklan

Ujarnya, kes disiasat sebagai mati mengejut.