SPRM, Petronas wajar di bawah Parlimen
Iklan
Sultan Ibrahim menitahkan mahu lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong termasuk pemantauan terus terhadap SPRM dan Petronas berbanding Parlimen.
SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong tetap mempunyai kuasa untuk mengetahui, melihat atau memberi cadangan dalam isu melibatkan Petronas dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meskipun kedua-dua institusi itu terletak di bawah Parlimen.
Pakar perundangan dan perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, perkara itu menjadi sebahagian daripada fungsi Baginda sebagai Ketua Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Konvensyen Perlembagaan untuk mendapatkan maklumat dalam semua bentuk proses dan juga kuasa yang ada dalam kerajaan.