Serangan seksual: Agus hadir Bukit Aman beri keterangan esok
Iklan
Datuk Mohammad Agus Yusoff (kanan) hadir bersama peguamnya untuk memberi keterangan di IPD Kajang baru-baru ini. Foto: Bernama
SHAH ALAM - Polis memanggil bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff untuk hadir ke Bukit Aman, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi esok (Khamis).
Sinar Premium difahamkan beliau dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak pada Oktober lalu.