'Tahun depan United akan kembali lagi ke Liga Juara-Juara'
Iklan
Ten Hag
GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United yang kempen Eropah berakhir dengan kekalahan 0-1 kepada Bayern Munich dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford pada Rabu, akan memberi fokus kepada cabaran domestik.
Itu keazaman pengendali Manchester United, Erik ten Hag yang melihat sudut positif keupayaan The Red Devils biarpun berdepan prestasi tidak menentu saingan domestik.
Iklan
Iklan
"Ya, masih banyak perkara yang masih boleh dimainkan pada musim ini dan kini sudah tentu kami boleh fokus kepada Liga Perdana Inggeris.
"Sudah tentu kami mahu kembali beraksi di saingan berkualiti seperti Liga Juara-Juara. Jadi kami perlu memberikan segala usaha terbaik untuk berada dikedudukan empat teratas dan seterusnya.
Iklan
"Kami masih saingan liga, saingan Piala FA, jadi sebenar terdapat banyak perkara untuk dimainkan pada musim ini untuk United. Tahun depan United akan kembali ke Liga Juara-Juara," kata Ten Hag.
Juara Eropah tiga kali sebelum itu memerlukan kemenangan ke atas Bayern dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan A Liga Juara-Juara untuk mara ke pusingan 16 terbaik.
Iklan
Pada masa sama mengharapkan satu lagi perlawanan Copenhagen menentang Galatasaray, berakhir keputusan seri, sebaliknya tiga mata diraih kelab dari Denmark tersebut.
Kekalahan di Stadium Old Trafford itu menyaksikan United tersingkir dari kejuaraan utama kelab Eropah tersebut termasuk slot Liga Europa.
Jaringan Kingsley Coman pada minit ke-70 membawa Bayern mengukuhkan cengkaman peringkat kumpulan itu juga menyaksikan gagal mencipta peluang dengan hanya satu rembatan ke sasaran.
"Kebimbangan besar dalam perlawanan ialah (Rasmus) Hojlund tidak berjaya mencipta peluang.
"Sejujurnya, United tidak mencipta apa-apa. Seterusnya ia merupakan kempen yang sangat buruk," kata bekas pemain tengah United, Paul Scholes.
Sebagai rekod, Hojlund adalah penjaring terbanyak United dalam kempen Liga Juara-Juara dengan lima gol.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>