Antara prestasi dan kestabilan politik, ini Kabinet impian PMX
Iklan
Anwar menunjukkan senarai ahli Jemaah Menteri selepas mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. - Foto Bernama
ROMBAKAN Kabinet selepas setahun pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan keseriusan beliau dalam mengekalkan Kerajaan Perpaduan dari segi keseimbangan kepartian, penambahbaikan serta memastikan elemen-elemen berkepentingan negara diutamakan.
Perubahan portfolio itu juga menunjukkan Anwar bersikap responsif terhadap keadaan semasa yang memerlukan langkah intervensi langsung dalam memperbaiki prestasi pasukannya untuk terus mandiri dalam penggal ini.