Amir Hamzah, Zulkifli Hasan angkat sumpah Senator

Iklan
Amir Hamzah (kanan) dan Zulkifli mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara pada Selasa. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara, sebentar tadi.

Majlis berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Iklan
Iklan

Amir Hamzah sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain Amir Hamzah, turut mengangkat sumpah sebagai Senator ialah Zulkifli Hasan.

Iklan
Iklan

Beliau merupakan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). - Awani