Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman

Iklan
Tindakan lelaki mengusik gajah dengan selipar tular di platform X. - Foto Agensi

NEW DELHI - Satu rakaman video tular sekumpulan lelaki mengacah-acah gajah dengan selipar mengundang kecaman netizen yang bimbang tindakan itu akan mengundang maut.

Klip video dikongsi pegawai Perkhidmatan Hutan India (IFS), Parveen Kaswan, menunjukkan sekumpulan lelaki cuba menakutkan seekor gajah menggunakan selipar.

Iklan
Iklan

Insiden itu berlaku di negeri Assam sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai interaksi manusia dengan haiwan liar mungkin menjadi 'tegang'.

Dalam video itu, seekor gajah berdiri atas tanah tinggi manakala seorang lelaki berdiri di kawasan rendah dan cuba menghalau haiwan itu menggunakan selipar.

Iklan

Beberapa minit kemudian, lebih ramai lelaki datang dan membuat perkara sama.

Video itu memperlihatkan gajah liar seperti cuba menyerang mereka dan ia berakhir apabila haiwan itu berundur dan masuk ke dalam hutan semula.

Iklan

Pegawai IFS yang berkongsi video dalam media sosial sejak Khamis telah mendapat 91,000 tontonan dan 1,300 tanda suka.

Insiden itu mencetuskan debat atas talian. Ramai menyuarakan terkejut dengan keberanian lelaki terbabit memprovokasi gajah liar sehingga mungkin boleh membawa padah.

"Meletakkan nyawa mereka dalam bahaya melampau. Mengapa mereka mengusiknya dan tidak takut bahaya?, tulis seorang pengguna media sosial di platform X. - Agensi