Awang Batil pada era digital
Iklan
Pok Romli Mahamud bersama salah satu topeng topeng yang membawa watak ‘Wak Nujum’. - Foto Bernama
ROMLI Mahmud, satu nama yang mungkin tidak dikenali sebilangan besar masyarakat pelbagai kaum di Malaysia tetapi bagi kalangan pentadbir budaya dan penggiat seni tradisional, nama itu disebut dengan penuh penghormatan.
Beliau satu-satunya penggiat seni persembahan Awang Batil yang menerima pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dengan gelaran ‘Orang Warisan’.