'Look at my face...'

Iklan
Hans Isaac

[DIKEMAS KINI] Kurang 24 jam sebelum sepak mula...

Bila bercakap tentang final, segala ayat hebat akan keluar dari kotak fikiran.

Iklan
Iklan

‘Prestij, gempak, power, all-out, meriah’

Berbeza benar dengan final Piala Malaysia kali ini, segala-galanya menjadi persoalan apabila keadaan padang menjadi topik perbualan.

Iklan

Perkara utama yang berlegar di fikiran, mampukah kedua-dua pasukan pamer aksi terbaik mereka demi merebut sebuah piala?

Sanggupkah pemain-pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu berdepan dengan risiko kecederaan menerusi kondisi padang tidak sekata selain daripada rumput yang diandaikan seperti ‘sehelai jeans lusuh’ oleh akhbar tempatan Malaysia?

Iklan

‘The pitch is so bad.’

Itulah kesimpulan mudah difahami yang membabitkan reaksi dua pengendali yang bakal menabur rencah, perisa, mahupun resipi rahsia menjelang aksi final pada Jumaat namun hakikat yang perlu difahami, harganya begitu mahal untuk dirunding.

Pertaruhan mereka adalah pemain!

Terserempak dengan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Riak wajahnya pelbagai.

Sebal mungkin, kesal mungkin.

Cuba menyapa sekadar berbasi-basi.

‘All good Datuk?’

‘Look at my face...‘

Senyuman kami bertaut, dia berlalu pergi.

Kelat terasa sehingga ke ulu hati. - Stadium Astro