Media sosial jadi sokongan politik
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
DALAM era teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang dengan pesat, penggunaan media sosial di Malaysia telah menjadi satu fenomena yang tidak dapat dielakkan, terutamanya dalam konteks sokongan politik.
Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok bukan sahaja menyediakan platform untuk pengguna berkongsi maklumat secara cepat dan pantas, tetapi juga telah menjadi saluran penting bagi rakyat negara ini menyuarakan pandangan politik mereka.