Identiti sebenar 'Mr H' didedah kepada umum esok - Sumber
Iklan
Abdul Wahab (kanan) ketika mengadakan sidang media khas bersama Mohammad Agus di Bangi pada 17 November lalu. - FOTO BERNAMA
SHAH ALAM - Identiti sebenar 'Mr H' yang menjadi dalang penyebaran rakaman video berbaur lucah melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff dan pembantunya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dijangka didedahkan kepada umum pada esok.
Sumber terdekat dengan Abdul Wahab berkata, ini kerana Penolong Pegawai J-Kom itu bakal mengemukakan surat tuntutan saman terhadap 'Mr H', aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard serta kerajaan untuk mengheret mereka ke mahkamah.