Tak sedar adik mati berhari-hari dalam rumah

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF, gambar kecil: Yahaya Othman

KUANTAN - Mayat remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 15 yang dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu ditemui dalam sebuah bilik di rumah keluarganya di Kampung Padang Tenggala, Temerloh pada Selasa lalu.

Kejadian disedari abangnya berusia 17 tahun kira-kira jam 10.30 malam selepas melihat remaja itu terbaring kaku di dalam bilik.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian dimaklumkan kepada nenek mereka sebelum warga emas itu menghubungi anak saudaranya (pengadu) untuk menjenguk keadaan mangsa.

Menurutnya, pengadu berusia 60 tahun yang pergi ke rumah itu terhidu bau busuk lalu ke balai polis untuk membuat laporan.

Iklan

"Ekoran laporan itu, pemeriksaan telah dilakukan membawa kepada penemuan mayat remaja berkenaan.

"Siasatan mendapati, mangsa merupakan OKU autisme dan dikurung dalam sebuah bilik tanpa dikunci oleh ibunya kerana berkelakuan agresif.

Iklan

"Mangsa tinggal bersama ibu berusia 44 tahun, abang dan seorang adik lelaki di rumah itu selepas kematian bapa pada Mei lalu," katanya.

Yahaya berkata, kehidupan mereka dipercayai tidak terurus selepas kematian ketua keluarga.

"Difahamkan ibu mereka mengalami tekanan perasaan sejak kematian suami namun tidak dirujuk kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH) Temerloh untuk proses bedah siasat.

"Setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun pihak polis menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa untuk tindakan lanjut," katanya.