Cabaran besar Pemangku Raja Pahang bawa isu perubahan iklim

Iklan
Tengku Hassanal bertitah wakil rakyat seharusnya tumpu kepada usaha menyatu rakyat untuk bersama-sama menjayakan agenda hijau. - Foto Fail Awani

KUALA LUMPUR - Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.

Pemangku Raja Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, wakil rakyat seharusnya tumpu kepada usaha menyatu rakyat untuk bersama-sama menjayakan agenda hijau.

Iklan
Iklan

"Tetapi mereka perlu faham keperluan membentuk tekad untuk rakyat dan kefahaman mengenai perkara yang diperlukan bagi memastikan semua pihak terpelihara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

Iklan

Tengku Hassanal bertitah, dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim, langkah terbaik adalah dengan mengadakan dialog secara terbuka dalam mencari solusi mengatasi sebarang permasalahan berkaitan.

"Berbanding hanya menyalahkan antara satu sama lain, lebih baik kita bincangkan mengenai masalah yang ada dan cari penyelesaian serta terus bergerak ke hadapan.

Iklan

Kita perlu kekalkan elemen kebebasan bersuara untuk semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama. Kita perlu mencari kaedah untuk memberikan keseimbangan hak dan ekuiti untuk mereka manfaatkan tanah serta hutan,” titah baginda lagi.