Kemaman: Dari UMNO/PH ke PAMU
Iklan
Ahmad Samsuri (tengah) diumumkan memenangi PRK Parlimen Kemaman pada Sabtu lalu.
PRK Kemaman sudah pun selesai. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri menang seperti yang dijangka.
Sungguhpun Perikatan Nasional (PN) cuba menghidupkan impian merampas Putrajaya dengan kemenangan Dr Sam yang ditampilkan sebagai calon PM ke-11, laungan Langkah Sheraton 2.0 nampaknya semakin menjadi igauan kosong.