Israel lebih kejam selepas gencatan senjata
Iklan
Mangsa cedera akibat kempen pengeboman rejim Zionis terpaksa dibawa ke Hospital Nasser menggunakan lori.
GAZA - Di halaman Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir Al-Balah (zon tengah Gaza), seorang paramedik Ahmed Abu Khdeir terbaring lemah di atas katil, menjalani rawatan sambil menghirup udara yang dicemari debu kesan pengeboman.
Ahmed mengalami kecederaan akibat serangan tentera Israel lebih sebulan lalu yang menurutnya, secara spesifik menyasarkan pasukan pertahanan awam Palestin semasa mereka bertungkus-lumus menyelamatkan penduduk Gaza yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.