Ancaman Israel terhadap WHO tidak boleh diterima - Wisma Putra
Iklan
Tindakan Israel mengarahkan WHO supaya memindahkan bekalan daripada gudang perubatannya di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam ketika rejim itu meneruskan operasi daratnya, jelas tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa. - Foto AFP
PUTRAJAYA - Tindakan Israel yang baru-baru ini mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya memindahkan bekalan daripada gudang perubatannya di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam ketika rejim itu meneruskan operasi daratnya, jelas tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ancaman terhadap badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terutama yang menyediakan bantuan penting untuk menyelamatkan nyawa kepada mangsa konflik tidak boleh diterima dan tidak boleh dipertahankan.
Iklan
Iklan
"Tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja melanggar hak asasi rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan hak mereka untuk hidup, bahkan turut menjejaskan usaha untuk mencapai penyelesaian damai terhadap krisis yang berterusan," menurut Wisma Putra.
Pada Isnin, WHO berkata, pihaknya dipaksa memindahkan bekalan dari gudang perubatan di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam selepas tentera pendudukan Israel memberi amaran bahawa bekalan itu tidak dapat diakses susulan operasi darat di sana.
Iklan
Ia menekankan bahawa kegagalan masyarakat antarabangsa untuk bersuara atau bertindak menentang pelaku jenayah tertentu yang terus menikmati kekebalan di bawah alasan membela diri adalah tanda jelas amalan dwistandard.
"Ia menghakis kepercayaan terhadap sistem multilateral dan prinsip undang-undang antarabangsa yang telah lama didokong," menurut kenyataan itu.
Iklan
Wisma Putra berkata, masyarakat antarabangsa perlu bersatu dan bertindak dengan tegas dalam menuntut pelaku untuk menghentikan kegilaan ini, menghormati dan menyokong mandat organisasi antarabangsa dan menegakkan kesucian kemanusiaan.
"Hanya dengan cara ini kemajuan akan dicapai untuk merealisasikan visi negara Palestin yang bebas dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya," katanya.
Sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh dan lebih daripada 43,616 yang lain cedera dalam serangan udara dan darat Israel tanpa henti ke atas wilayah tersebut sejak 7 Oktober. - Bernama
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT