Final Piala Malaysia: Operasi LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 1 pagi

Iklan
Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga jam 1 pagi sempena perlawanan akhir Piala Malaysia pada Jumaat ini.

KUALA LUMPUR - Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi sempena perlawanan akhir Piala Malaysia pada Jumaat ini.

Perlawanan akhir tersebut bakal menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Takzim menentang Terengganu FC.

Iklan
Iklan

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, penyokong diminta hadir lebih awal ke stadium sebelum jam 5 petang bagi mengelak kesesakan pada waktu puncak petang.

"Langkah itu dapat memberi keselesaan kepada penyokong dan juga warga kota yang ingin pulang dari pejabat.

Iklan
Perlawanan akhir tersebut bakal menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Takzim menentang Terengganu FC.

"Pengguna turut dinasihat menggunakan pembayaran menggunakan Touch n Go (TNG) dan pastikan baki mencukupi," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, penumpang yang menaiki tren dari Stesen LRT Bukit Jalil atau menghala ke stesen berkenaan bakal menikmati diskaun tambang sehingga 25 peratus pada hari berkenaan.

Iklan

Rapid Rail turut memaklumkan, kakitangan dan tren tambahan akan disediakan bagi membawa semua penumpang untuk pulang ke destinasi selepas tamat perlawanan.

"Penyokong diminta mematuhi peraturan pihak berkuasa dan menjaga keselamatan diri," katanya.