'Hubungan dengan Mat Sabu utuh'
Iklan
Mujahid - Foto: ROSLI TALIB.
SHAH ALAM - Kaedah pengundian berasaskan sistem syura yang diperkenalkan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam proses pemilihan parti itu tidak mengizinkan mana-mana pemimpinnya untuk berkempen bagi jawatan-jawatan utama.
Berikutan itu, Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menolak sebarang dakwaan kononnya beliau sedang menggerakkan kempen melobi jawatan presiden daripada tangan penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Sabu.