Bapa bayi rentung meninggal dunia

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KOTA BHARU - Bapa kepada bayi berusia tujuh bulan yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kuala Krai pada 27 November lalu disahkan meninggal dunia pagi Selasa selepas lapan hari bertarung nyawa di hospital.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada jam 10.45 pagi tadi selepas melecur 80 peratus pada anggota badannya dalam nahas tersebut.

Iklan
Iklan

"Arwah sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai, sebelum dipindahkan ke HRPZII atas permintaan ahli keluarga.

Menurut beliau, selepas lapan hari bertarung nyawa, Wan Shahrizat Azwan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), HRPZII.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bapa kepada bayi yang maut dalam kebakaran kereta kritikal dan dipindahkan dari HSIP, Kuala Krai ke HRPZII, Kota Bharu.

Kamarulzaman berkata, Wan Shahrizat Azwan melecur seluruh tubuh selepas kereta Honda Jazz yang dinaiki bersama isteri serta bayinya terbakar.

Iklan

Dalam kejadian itu, mangsa cedera parah akibat merempuh pembahagi jalan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kuala Krai.