Kutipan cukai VDP 2.0 cecah RM128.85 juta setakat akhir Oktober
Iklan
Steven ketika Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Jumlah kutipan cukai daripada Program Khas Pengakuan Sukarela (VDP) 2.0 yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), mencecah RM128.85 juta setakat 31 Oktober 2023.
Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, jumlah kutipan hasil cukai langsung oleh LHDNM bagi program itu adalah sebanyak RM115.63 juta.
Iklan
Iklan
"Kutipan hasil cukai tidak langsung oleh JKDM sehingga 31 Oktober 2023 adalah sebanyak RM13.22 juta,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan mengenai jumlah terkini kutipan cukai program VDP 2.0 berkenaan.
Iklan
Steven berkata, kerajaan telah mengumumkan program VDP 2.0 kepada pembayar cukai dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan hasil negara, memperluaskan bilangan pembayar cukai serta meningkatkan tahap pematuhan cukai.
Program itu memberi peluang kepada orang ramai untuk membayar cukai secara sukarela tanpa sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus bagi pengakuan sukarela dibuat dalam tempoh mulai 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.
Iklan
Menyentuh pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal, beliau berkata, hasil cukai berkenaan adalah dianggarkan RM800 juta setahun.
Anggaran jumlah kutipan hasil daripada pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi yang sebelum ini dikenali sebagai Cukai Barangan Mewah yang juga cukai baharu, masih di peringkat simulasi.
"Pada masa ini, Kementerian Kewangan dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan dasar serta perundangan bagi Cukai Barang Bernilai Tinggi.
"Mekanisme pelaksanaan, jenis barang dan kadar cukai bagi cukai ini akan diumumkan sebaik sahaja dimuktamadkan serta diluluskan oleh Jemaah Menteri,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>