Maahad tahfiz terbakar perlukan dana RM83,000
Iklan
Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Hadis Imam Al-Jazari tidak sempat menyelamatkan barangan berharga apabila asrama didiami mereka terbakar pada 24 Disember lepas. (Gambar kecil: Muhammad Naim)
ALOR SETAR - Maahad Tahfiz al-Quran Wal Hadis Imam Al Jahzari, Tongkang Yard di sini memerlukan dana sebanyak RM83,000 bagi membaik pulih bangunan asrama pelajarnya yang musnah dalam kebakaran Selasa lalu.
Mudirnya, Muhammad Naim Ab Razak berkata, seramai 18 pelajar dan seorang guru berada di pusat tahfiz berkenaan ketika kebakaran memusnahkan asrama mereka kira-kira jam 9 malam, 24 Disember lepas.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga maahad tahfiz itu berkata, kesemua pelajar dan guru berkenaan sempat menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.
"Syukur kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa namun segala kelengkapan asrama termasuklah barangan peribadi pelajar, kipas, lampu, katil, perabot musnah dijilat api.
Iklan
"Begitu juga struktur binaan bangunan, siling dan bumbung turut musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari kegagalan kipas dinding berfungsi," katanya.
Keadaan asrama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Hadis Imam Al-Jazari yang musnah dalam kebakaran pada Selasa lalu.
Beliau berkata, disebabkan itu kesemua pelajar berusia antara 8 tahun hingga 16 tahun terdiri daripada anak yatim, yatim piatu dan asnaf kehilangan tempat untuk berteduh.
Iklan
"Jadi, mereka kini ditempatkan di penempatan sementara di Kampung Sematang Tebengau di sini," katanya.
Bagaimanapun Muhammad Naim berkata, pelajar di pusat tahfiz yang beroperasi sejak Februari 2017 itu tetap tabah meneruskan sesi pengajian al-Quran seperti biasa walaupun berdepan dugaan sedemikian.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia (0201 1010 1331 92) atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Hadis Imam Al-Jazari.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.