'Ada minta Mat Sabu jadi Penasihat Amanah'
Iklan
Terdapat satu kelompok yang ingin melihat Mohamad (dua dari kiri) kekal memimpin Amanah manakala satu kelompok lagi mahu Mujahid (kiri) mengemudi parti itu pada pemilihan akan datang.
SEORANG pemimpin utama Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menafikan terdapat kelompok tertentu sedang mengatur gerakan menukarkan kepimpinan Presiden sedia ada, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan teraju baharu diketuai Naib Presiden, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada pemilihan parti akan datang.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Hasbie Muda mengesahkan terdapat pertembungan dua kumpulan penyokong parti yang cuba mendesak sama ada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditukar dan dilantik sebagai Penasihat Amanah atau kekal menerajui parti bagi tempoh sekurang-kurangnya sepenggal lagi.