Ruang lebih besar jamin hak Palestin
Iklan
Penduduk Palestin berkabung di sebelah mayat ahli keluarga mereka yang meninggal dunia semasa serangan udara Israel di selatan Semenanjung Gaza. Gambar kecil: Mohd Mizan
SHAH ALAM - Rakyat Palestin akan mendapat ruang lebih besar untuk menjamin hak mereka sekiranya Malaysia menimbang untuk mengaktifkan Artikel 9 Konvensyen Genosid.
Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata, langkah itu dilihat sebagai suatu usaha yang cukup tuntas yang boleh dilakukan oleh negara pada masa ini.