Caj RM4 tukar kredit eMadani kepada wang tunai

Iklan
Tangkap di media sosial mengenai khidmat yang ditawarkan bagi menukar e-kredit kepada wang tunai.

SHAH ALAM - Seorang pengguna laman sosial Facebook, dikesan menawarkan perkhidmatan penukaran kredit eMadani, iaitu e-kredit RM100, kepada bayaran tunai.

Orang ramai yang inginkan perkhidmatan tersebut hanya perlu menghubungi pengguna tersebut melalui nombor WhatsApp yang tertera.

Iklan
Iklan

"Saya hanya kenakan caj RM4,” tulis pengendali tersebut la laman sosialnya.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengguna media sosial itu mendapat respon yang tinggi daripada kenalannya yang tertarik dengan perkhidmatan tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin memberi amaran kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.

Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Iklan

MOF berkata, program eMadani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

MOF juga tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit dan perniagaan di seluruh negara.

eMadani iaitu tawaran kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai hari ini hingga 20 Februari depan.

Ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.