Berdepan tahun 2024
Iklan
Kementerian Kewangan mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.0 hingga 5.0 peratus tahun depan. - Gambar hiasan
KITA telah memasuki bulan terakhir bagi 2023 yang merupakan tahun amat mencabar buat seluruh dunia. Pelbagai tekanan ekonomi dirasai, tidak terkecuali Malaysia.
Belum pun selesai peperangan terbaharu antara Rusia dan Ukraine yang telah berpanjangan menghampiri 650 hari, kini ditambah pula dengan peperangan antara Israel dan Palestin.