'Afterparty' dan kejutan budaya
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung penganjuran program 'Afterparty' sempena acara Nottingham Malaysian Games untuk pelajar Malaysia di United Kingdom.
SERING sahaja apabila terbaca atau terdengar kisah penuntut Malaysia di luar negara melakukan perkara bercanggah dengan nilai agama dan budaya masyarakat kita, langsung mereka dilabel sedang mengalami kejutan budaya atau cultural shock.
Dr Kalervo Oberg (1901-1973) dari British Columbia (kini Kanada) ialah sarjana terawal memperkenalkan istilah tersebut.