World #QuranConvention: Banyak ganjaran dalam surah al-Insan
Iklan
Nouman Ali Khan
SEPANG - ALLAH SWT lebih banyak menyebut mengenai ganjaran kepada umat Islam jika melakukan kebaikan berbanding hukuman seperti yang terkandung dalam surah al-Insan.
Pengarah Program World #QuranConvention, Nouman Ali Khan berkata, surah tersebut unik untuk difahami dengan baik oleh umat Islam agar mereka boleh mendapat ganjaran yang dijanjikan.
Iklan
Iklan
"Beberapa tahun lalu semasa di New York, saya sedang duduk dalam satu bangunan korporat sambil mendengar semula bait-bait surah ini.
"Ada seorang lelaki yang lihat terus tanya kepada saya, awak Muslim? Kenapa orang Islam bersungguh nak masuk syurga?
Iklan
"Saya jawab persoalan dia dengan menerangkan betapa mulianya ALLAH SWT yang menjanjikan ganjaran kepada umat Islam walaupun sekecil-kecil kebaikan dan individu ini mendengar dengan tekun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama penutupan surah al-Insan bertemakan Usaha dan Ganjaran yang diadakan di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA di sini pada Sabtu.
Iklan
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli ke konvensyen sehari itu anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Bayyinah Institute
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
World #QuranConvention (WQC) bertemakan 'Serve To Be Served: A Divine Guidance From Surah al-Insan’ merupakan sebuah program berasaskan al-Quran bertaraf antarabangsa.
Penyertaan melibatkan peserta dari Australia, Belgium, Brunei, Kanada, Jerman, Perancis, Indonesia, India, Mesir, Indonesia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat, Uzbekistan, Nigeria dan Palestin.
Selain Nouman, penceramah jemputan lain ialah Imam Besar Masjid Istiqlal, Profesor Dr KH Nasaruddin Umar dan Pengasas Ibn ‘Ashur Centre, Dr Sohaib Hussein.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran"><meta itemprop="description" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #MQH2026 #MAIK #Quranhour2026 #bingkasmenujuMalaysiaSejahtera"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-19T09:39:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaz0ice"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaz0ice"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaz0ice"></script>