COP28: Malaysia komited sokong pelan tindakan perubahan iklan ASEAN
Iklan
Nik Nazmi semasa forum Kepimpinan ASEAN dalam Menangani Perubahan Iklim di Pavilion Malaysia di luar Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai. - Foto Bernama
DUBAI - Malaysia berikrar untuk memastikan pelaksanaan berkesan Pelan Tindakan Kumpulan Kerja Perubahan Iklim ASEAN (AWGCC), kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, sebagai Pengerusi AWGCC, Malaysia komited untuk memupuk kerjasama, memacu inovasi dan menyokong pelaksanaan berkesan pelan tindakan perubahan iklim kolektif dalam komuniti ASEAN.
Iklan
Iklan
"Malaysia mengiktiraf keperluan bagi respons pantas dan bermakna terhadap perubahan iklim," katanya semasa forum Kepimpinan ASEAN dalam Menangani Perubahan Iklim di Pavilion Malaysia di luar Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di sini.
Nik Nazmi berkata, memandangkan perubahan iklim adalah penting kepada rantau ini di platform global seperti COP28, terdapat keperluan bagi Semangat ASEAN untuk meneroka peluang dalam merundingkan isu kepentingan bersama sebagai satu suara.
Iklan
"Kepimpinan dan peranan ASEAN adalah aset belum diteroka yang boleh dimanfaat untuk merundingkan isu kepentingan bersama seperti Peralihan Adil, Pembiayaan Iklim, Kerugian serta Kerosakan dan Matlamat Global mengenai Adaptasi," katanya.
Nik Nazmi juga berkata, langkah membangunkan strategi mitigasi jangka panjang bagi ASEAN adalah penting bagi memaklumkan perancangan dasar sektor dan rentas sektor selaras dengan laluan ke arah mencapai matlamat Perjanjian Paris.
Iklan
"Dalam hal ini, Malaysia sedang merangka Strategi Pelepasan Rendah Jangka Panjang (LT-LEDS) dan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC), yang akan menjadi garis panduan komprehensif untuk aspirasi kita ke arah mencapai pelepasan sifar bersih seawal 2050.
"Antara keutamaan Malaysia ialah menggubal rang undang-undang perubahan iklim, penubuhan dana adaptasi negara dan pembangunan mekanisme pasaran karbon," katanya. - Bernama
BERITA SEMASA 13 MEI 2024
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang tidak membenarkan pengusaha van pelancong di Thailand membawa masuk kenderaan mereka bagi mengelakkan industri bas ekspres di negara ini terjejas.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ada di antara pengusaha terbabit akan mengambil peluang membawa penumpang dalam negara selain membawa pelancong mereka.
Jelasnya, pengusaha akan singgah untuk mengambil penumpang di dalam negara dan pergi sehingga ke Kuala Lumpur atau mana-mana destinasi melalui Kelantan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664499/berita/nasional/van-pelancong-thailand-tidak-dibenarkan-masuk-malaysia---anthony